Pada hari Khamis, 12 Februari 2015 yang lalu telah
diadakan Majlis Pelancaran dan Perasmian Program EKSA bagi Jabatan Perangkaan
Malaysia Negeri Pulau Pinang. Program ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat 1
& 2, Aras 7, Bangunan Persekutuan Pulau Pinang. Majlis ini melibatkan
seluruh pegawai dan kakitangan Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Pulau Pinang.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri
Pulau Pinang iaitu Puan Ezatul Nisha bt Abdul Rahman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan